top of page
Selaras dengan pengiktirafan UiTM sebagai sebuah “Universiti Keusahawanan”, penganjur bercadang untuk menganjurkan “Karnival Merbok 2017” bagi membudayakan keusahawanan bukan sahaja dikalangan mahasiswa dan kakitangan UiTM Cawangan Kedah, tetapi juga masyarakat setempat. Sebagai sebuah universiti unggul, UiTM bukan sahaja menjadi sebuah institusi yang melahirkan modal insan, tetapi juga sebuah universiti yang meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi masyarakat setempat. Melalui karnival ini, UiTM Kedah menyasarkan untuk menjadi agen kepada penyatuan masyarakat yang berbeza generasi bagi kelestarian bangsa Malaysia pada masa akan datang. Melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang dalam karnival keusahawanan ini, pelajar, kakitangan, masyarakat berbilang generasi, dapat menimba ilmu pengetahuan, dapat memupuk perpaduan dan dapat melatih generasi-generasi akan datang dengan pelbagai kemahiran dan keperluan bagi survival pada masa akan datang. Karnival ini akan menjadi karnival terbesar IPTA di Kedah.

 

OBJEKTIF:

  • Menjadi agen perhubungan antara UiTM Kedah dengan masyarakat setempat dan juga organsasi kerajaan dan swasta.

  • Membudayakan keusahawanan dikalangan pelajar, staf, dan juga masyarakat setempat melalui aktiviti keusahawanan (Ceramah keusahawanan, Bengkel Keusahawanan, Entrepreasure Hunt).

  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memberi kemahiran dan pengetahuan kepada pelajar, staf, dan juga masyarakat setempat yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

  • Menyediakan perkhidmatan Pusat setempat (One Stop Centre – OSC) untuk rujukan industri dan aktiviti masyarakat (Pemeriksaan kesihatan, dan organisasi kerajaan yang lain seperti PTPTN, TEKUN, MARA)

  • Menjadi agen menyatupadukan masyarakat yang berbeza generasi melalui pelbagai aktiviti.

  • Meningkatkan penglibatan mahasiswa UiTM Kedah kepada aktiviti keusahawanan.

  • Menjadi medium kerjasama antara UiTM Kedah, IPTA/IPTS dan Sekolah di sekitar kedah.

PENGENALAN

Sebarang Pertanyaan :

Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

Kampus Sungai Petani

08400, Merbok, Kedah Darul Aman

04-4562075/77

bottom of page